Sabtu, 23 Mac 2013


Seimbas Lalu ….
Sejarah Penubuhan SMK Bandar Seri Putra

 
Bandar Seri Putra yang dibangunkan oleh pemaju Bangi Heights Developments di bawah sayap United Malayan Land Bhd telah memperuntukkan tapak untuk pembinaan 2 buah solah rendah dan 2 buah sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMK BSP) yang sepatutnya siap pada 21 Oktober 2009 telah terbengkalai lantaran kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek dalam jangka masa yang dijanjikan. Setelah kontraktor penyiap dilantik, maka kerja-kerja pembinaan diteruskan dan siap menjelang Disember 2010.
 
 
Tuan Syed Ismail Syed Mohamad dan En. Rozman Hj. Abdul Kadir dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL) sebagai penjaga atau “caretaker” bagi memantau dan menyelia proses-proses akhir pembinaan terutama dalam penyedian sekolah untuk menerima kemasukan murid-murid baru bagi sesi persekolahan 2011. Perbincangan seterusnya berlaku di PPDHL bagi penempatan guru-guru yang bakal berkhidmat di sini. 37 orang guru telah dihantar dalam penempatan peringkat pertama.
Lantaran jawatan pengetua SMK BSP belum diisi, pengurusan sekolah berada di bawah tanggungjawab Tuan Syed Ismail sebagai Penolong Kanan, Puan Che Tom sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Rozman Hj. Ab Kadir selaku Penolong Kanan Kokurikulum.
Kehadiran SMK BSP sememangnya sudah lama dinanti-nantikan bukan sekadar oleh penduduk Bandar Seri Putra, malah para penghuni Bukit Mahkota dan Bangi. Jumlah murid bertambah secara mendadak. Sesi taklimat untuk ibu bapa bagi penubhan Jawatan Kuasa Protem PIBG yang menyaksikan perlantikan Dato` Zakaria Hussin sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Protem PIBG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan