Sabtu, 23 Mac 2013

LATAR Belakang Kadet Pertahanan Awam SMK BSP
 
Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif penubuhannya di peringkat sekolah adalah untuk:

Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.

Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah                    atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.

Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaa taatsetia,                    cintakan sekolah dan negara.

Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain dan;

Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.

 
Keanggotaan Kadet Pertahanan Awam

Pendaftaran untuk menyertai Kadet Pertahanan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 20 tahun.
  • Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
  • Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
  • Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.

Jumlah Keanggotaan

Jumlah kesluruhan anggota Kadet Pertahanan Awam SMK BSP adalah seramai 120 orang anggota terdiri dari pelajar Tingkatan 1 (25%), Tingkatan 2 (36%), Tingkatan 3 (23%) dan Tingkatan 4 (16%).

Pecahan mengikut jantina (60% pelajar lelaki) & (40 % pelajar wanita)

Pecahan mengikut bangsa (72.5% bangsa Melayu) , (15.5 % bangsa Cina) dan (12 % bangsa India)

Jumlah Guru Penasihat ialah 8 orang

Jawatankuasa Kadet SMK BSP sesi 2012 - 2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan