Ahad, 24 Mac 2013

Aktiviti Perkhemahan


Aktiviti Perkhemahan


Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform  SMK Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan perlu diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
         
RASIONAL
           
     Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

        Tema tahun 2013 ialah “ INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan