Ahad, 24 Mac 2013

Pelaksanaan Dan Tanggungjawap


 Pelaksanaan Dan Tanggungjawap 


Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin
1
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2
Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
8
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
10
Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
11
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
13
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
14
Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
15
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
16
Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
17
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
18
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
19
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
20
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pengerusi
1
Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
2
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
3
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Tanggungjawab Naib Pengerusi
1
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
2
Mempengurusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
3
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Tanggungjawab Setiausaha
1
Menguruskan hal-hal surat menyurat.
2
Mencatat   dan   menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan
3
Mencatat kehadiran ahli
4
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
5
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Tanggungjawab Naib Setiausaha
1
Membantu   setiausaha  dalam  menjalankan  segala tugas dan tanggungjawabnya.
2
Menjalankan     tugas     Setiausaha     sewaktu   ketiadaan Setiausaha.
3
Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Tanggungjawab Bendahari
1
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
2
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
3
Menyebdiakan Penyata    Kira-Kira   bulanan    dan tahunan serta menandatanganinya.
4
Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta  di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
5
                    Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
6
                   Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Tanggungjawab Naib Bendahari
1
Menjalankan  tugas-tugas  Bendahari   sewaktu  ketiadaan Bendahari.
2
Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.
3
Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.
4
Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
5
Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa
Tanggungjawab Pemeriksa Kira-Kira
1
Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
2
Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERANCANGAN AKTIVITI
1. Menyediakan kemudahan asas dan peralatan supaya mewujudkan pembelajaran yang menyeronokan merentasi kurikulum.

2. Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan Kokurikulum yang berbentuk aktiviti yang melengkap dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

3. Program kokurikulum memberi penekanan kepada pemerolehan, peningkatan ilmu, kemahiran baru bagi memupuk sikap positif, nilai-nilai murni untuk meningkat kualiti, sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing bagi kesejahteraan diri murid dan masyarakat.

4. Program kokurikulum memberi penekanan kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum.

5. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum dan memperagakan kepada masyarakat secara Integrasi.

6. Mempastikan perjalanan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan kepada kurikulum badan induk/gabungan atau yang berkaitan

7. Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian secara berterusan.

8. Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan memberi peluang serta kesempatan kepada murid untuk mengembangkan minat, bakat kreativiti dan Inovatif masing-masing.

9. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, Syarikat-syarikat Swasta dan Institusi pengajian tinggi.

10. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum.

11. Memberi penghargaan dalam aktiviti kokurikulum.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan