Ahad, 24 Mac 2013

Fungsi, Misi, Visi, Moto dan Objektif





Fungsi, Misi, Visi, Moto dan Objektif

Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Fungsi
  1. Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
  2. Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.
  3. Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  4. Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
Fokus Strategik
  1. Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
  2. Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
  3. Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
  4. Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
  5. Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
  6. Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
  7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
  8. Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
  9. Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
  10. Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.
Nilai & Teras
  1. Mengendalikan tugas dengan cekap dan tepat.
  2. Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di berikan.
  3. Mengamalkan konsep kerja berpasukan.
  4. Berkhidmat dengan Ikhlas.


Fungsi Dan Peranan JPAM
Fungsi Pertahanan Awam
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia :
  • Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
  • Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
  • Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.
  • Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
  • Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
  • Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.
Peranan Pertahanan Awam
  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221

Tiada ulasan:

Catat Ulasan