Sabtu, 23 Mac 2013

KAWAD KAKI

 
KAWAD KAKI


Kawat kaki telah menjadi sesuatu yang sangat biasa terutamanya apabila Pertandingan Kawat Kaki antara pasukan pakaian seragam dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Oleh itu, Latihan Kawat Kaki hendaklah diperluaskan skopnya supaya semua pasukan Kadet Pertahanan Awam boleh mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Kadet Pertahanan Awam mempunyai reputasi yang sangat baik dalam pertandingan ini baik di peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan. Pada tahun 2000, 2001, 2002, Kadet Pertahanan Awamtelah memenagi Anugerah Ketua Platun Terbaik Kebangsaan dalam pertandingan tersebut.



Pada tahun 2001 dan 2004 Kadet Pertahanan Awam telah berjaya menjadi naib johan pertandingan tersebut. Kejayaan ini bukannya kecil kerana mereka terpaksa bertanding dengan kadet – kadet lain seperti Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat dan seumpamanya.

Bagi menjamin kesinambungan pencapaian ini, tumpuan latihan kawat kaki perlu ditingkatkan. Oleh kerana penguasaan anggota kadet terhadap kemahiran pergerakan kawat adalah mengkagumkan maka latihan pasukan ini di Peringkat Asas hendaklah dibuat seperti berikut :

 
Kawad Statik

Jadikan tiga barisan
Ke kanan lurus / pandang depan
Pusing kanan / kiri
Menghadap ke hadapan/ ke belakang7.2.

 
Kawad Dinamik

Cepat jalan
Kiri belok / kanan belok
Tukar langkah semasa cepat jalan
Perlahan jalan
Tukar langkah semasa perlahan jalan
Ke hadapan hormat
Ke kanan hormat

Selaku terima sijil / hadiah

Dan lain-lain yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan