Pengenalan Pertahanan Awam
Kokurikulum
Pertahanan Awam,SMK Bandar Seri Putra adalah mengikut silibus yang telah
digariskan oleh Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia PULAPA dan penyelarasan
dilakukan oleh Pertahanan Awam Negeri Selangor. Matapelajaran yang diajar
adalah meliputi Kenegaraan, Partiotisme, Organisasi Pertahanan Awam, Kaedah dan
Undang-undang, Kawad Kaki, Penyelamat, Pertolongan Cemas (paramedic) dan Asas
Kebombaan. Ianya juga meliputi pelbagai kemahiran menyelamat dan pengurusan
bencana alam seperti, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan bangunan runtuh.
Selain dari matapelajaran-matapelajaran yang diikuti oleh para pelajar, mereka juga diberi pendedahan melalui latihan-latihan luar yang lebih praktikal dan bersesuaian. Sebagai persediaan menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat, mereka yang berminat untuk menambahkan ilmu dalam Pertahanan Awam juga digalakkan mengikuti pelbagai kursus peringkat asas.

Pelbagai
kemahiran dan lanjutan di Pusat-pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Baling
Kedah, Butterworth, Pulau Pinang (telah ditutup), Jengka Pusat, Pahang dan di
Akademi Latihan ALPHA Bangi, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan