Sabtu, 23 Mac 2013


Ketahanan Diri / Ikhtiar Hidup

PENGENALAN
Kegiatan luar merupakan satu bidang rekreasi yang bersikap aktif kerana mempunyai cabaran dan risiko tertentu serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi membolehkan seseorang melakukan dan menghadapinya . Cabaran dan risiko inilah yang akan melahirkan apa yang disebut sebagai ‘adventure’. Pada masa ini semakin ramai masyarakat kita yang telah menjadikan kegiatan luar sebagai sebahagian aktiviti rekreasi yang boleh memenuhi masa lapang.

Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.
TUJUAN MENGETAHUI DAN MEMPELAJARI IKHTIR HIDUP
Para pencinta kegiatan luar sememangnya telah bersedia dengan setiap cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan luar. Diharapkan dengan mengetahui teknik ikhtiar hidup yang betul para peserta akan dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka, khususnya dalam saat-saat yang memerlukan kemahiran tersebut.

Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu.
PRINSIP – PRINSIP IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar Hidup merupakan satu usaha yang dipelbagaikan dan memerlukan pemilihan yang bijaksana bagi mengatasi rintangan atau risiko yang dihadapi berdasarkan kepada keadan dan situasi tertentu, maka dinyatakan beberapa prinsip ikhtiar hidup yang diharapkan dapat membantu dan membimbing kita dalam menghadapi situasi yang agak genting. Antara prinsip-prinsip ikhtiar hidup yang dicadangkan dan perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
  • Penggunaan Alam sekeliling ; Pemerhatian yang tajam, Tumbuhan dan Haiwan, Bentuk muka bumi – Bukit, sungai, laut dll. Cakerwala
  • Kemudaratan yang minima,
  • Berkeyakinan, Berprinsip, Beriman, Percaya dan berkeyakinan kepada diri sendiri, Bekerjasama dalam kumpulan, Tidak mementingkan diri sendiri, Bermuzakarah dan bermuafakat, Patuh kepada keputusan kepimpinan ( muwakal), Berpegang kepada kata-kata nasihat berikut: “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”
  •  
  • Berkemahiran Tinggi; Mempunyai latihan yang cukup, Kejurulatihan, Pendidikan seumur hidup, Tidak Mudah Berputus Asa, Berusaha sedaya upaya, Berkeyakinan, Keiltizaman
  •  
  • Sujud kepada Tuhan, Ketakwaan, Beriman, Sentiasa berdoa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan