Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh
mangsa adalah seperti menghentikan pendarahan, membalut luka, mengurangkan
kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan
keracunan, gigitan binatang bisa, tercekik dan melecur. Selain itu,
kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti
lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Dimana mangsa sering berdepan
dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan
kecemasan yang mana sekiranya lambat mendapatkan bantuan awal menyebabkan
kematian.
Tanpa pengetahuan yang jelas, seringkali
berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak
sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberi bukan dapat
melegakan penderitaan mangsa sebaliknya menjadi lebih serius. Dalam
kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa.
lmu asas pertolongan cemas amat berguna
kerana pertolongan awal yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat
menyelamatkan nyawa mangsa. Ilmu pengetahuan pertolongan cemas amat
penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluar ga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang
yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan
ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan.
Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang
betul.
Latihan pertolongan cemas lebih sesuai
dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi mereka yang tidak berkesempatan
melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya melalui buku sebagai pengetahuan
asas. Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk
membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri
sendiri. Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain
berhampiran. Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk
menyelamatkan diri. Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat
berguna untuk mengelak daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah
kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa.
Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang
tinggal di rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan
cemas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan