Sabtu, 23 Mac 2013


Pembinaan Sahsiah / Khidmat Masyarakat
 
Modul Pembinaan Sahsiah adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina sahsiah yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain.
 

1.       Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, pelatih belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri.

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.”


2.       Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, ahli KAPA diperkenalkan beberapa modul tertentu. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan latihan ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu
a.                   kemudahan awam,
b.                  kejiranan,
c.                   khidmat sosial,
d.                  alam sekitar dan
e.                   penempatan di aktiviti tertentu kelolaan masyarakat setempat.

Ini bermakna, sepanjang latihan berjalan, para pelatih KAPA akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Aktiviti bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya ahli KAPA mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:


  • Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
  • Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
  • Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
  • Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan