Aktiviti Perkhemahan
Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktivitI
pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit
beruniform SMK Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata
bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan
era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni
ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua
peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat’.
LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan perlu
diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat
menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang.
RASIONAL
Perkhemahan yang dijalankan akan
dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika
bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan