Isnin, 8 April 2013

Perbezaan Antara Disleksia & Sindrom Down atau Trisomy 21


Perbezaan Antara Disleksia & Sindrom Down atau Trisomy 21


NO
ISU
Sindrom Down
Disleksia
 
DEFINASI
merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21 - keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom).
berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.
 
masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
 
SINTOM
keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal.
kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50),
mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
 
dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.
 
 
KEBARANGKALIAN
Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran (Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).[13] Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi)
Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan Sindrom Down. Pada ibu berusia 25, risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah 1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah 1/30
Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa (Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas)
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
 
PUNCA :
Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).
 
Salah satu punca berlakunya kecacatan adalah faktor neoroligik yang merangkumi proses kelahiran, distress fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan kehamilan dan bersalin normal. Di samping itu juga, faktor-faktor seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang sudah berumur, ibu yang merokok dan mengambil alkohol juga mempunyai potensi untuk mendapatkan anak yang bermasalah.
 
 
CIRI-CIRI
satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur.
bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield,[2] lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya.
 
berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
 
1.      Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.      Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.      Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.      Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.      Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.      Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.      Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.      Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.      Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
JENIS :
1.      Disleksia visual (penglihatan)
2.      Disleksia auditori (pendengaran)
3.      Disleksia visual-auditori
 
Kanak-kanak pra-sekolah :
      i.               Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
    ii.               Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
Tidak merangkak semasa bayi
  iii.               Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
 
Kanak-Kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun
         i.            Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
       ii.            Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
Keliru dengan kiri dan kanan ,Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
          i.            Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
        ii.            Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
      iii.            Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
      iv.            Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
        v.            Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
      vi.            Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
    vii.            Sekolah Menengah :
Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  viii.            Kesukaran menulis karangan
Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
      ix.            Kesukaran mempelajari bahasa lain
        x.            Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
      xi.            Jenis orang yang suka senyap
    xii.            Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  xiii.            Kurang kemahiran bersosial
 
 
PENYAKIT SAMPINGAN
Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.
 
PENCEGAHAN
Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan Sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan Sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masaalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun. (kadar pengesanan adalah sekitar 90%–95% dan kadar positif palsu adalah 2%–5%.)
memberi bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka dalam mengendalikan permasalahan dan membina keyakinan diri kanak-kanak tersebut, mendapatkan rawatan untuk penyakit lain yang mungkin berkaitan seperti gejala hiperaktif dan kurang daya tumpuan, serta pertingkatkan potensi pembelajaran mereka menggunakan kemahiran individu yang lebih pakar dalam disleksia.
 
KAEDAH RAWATAN
rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan
Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
CARA RAWATAN:
  i.            Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
ii.            Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
iii.            Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
iv.            Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
v.            Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
vi.            Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
vii.            Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
viii.            Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
ix.            Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
x.            Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
 
Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai disleksia. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah social atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka. Komplikasi yang di hadapi oleh mereka akan mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain daripada itu, disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.
 
Kanak-kanak disleksia juga perlu menjalani ujian pengesanan masalah penglihatan. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terutamanya disleksia yang berkaitan dengan penglihatan yang akan disarankan menjalani ujian-ujian seperti “ standard and specialist eye tests”, “irlen syndrome tests”, “intuitive colorimester”, cerium overlays”, dan “chroma/gen lemses”. Terdapat juga kajian menunjukkan ramai kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga menghadapi masalah pendengaran. Masalah pendengaran ada juga bersifat sementara dan kekal. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah seperti “Fast For Word” dan “Aural-Read-
 
Selain itu bagi masyrakat cina, yang sememangnya kaya dengan kaedah rawatan tradisional, turut menemukan rawatan herba dan kaedah akunputur bagi mengurangkan simptom ini serta memperbaiki daya tumpuan minda bagi mereka yang mengalami masalah disleksia ini
 
 
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK PENGIDAP
  i.            Mempunyai kesukaran berkomunikasi
ii.            Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi
iii.            Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil
iv.            Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti
v.            Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang
vi.            Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan
vii.            Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbeli-belit
viii.            Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya
ix.            Kanak-Kanak SINDROM DOWN yang telah menjalani Program Pemulihan (Occupational Therapy, Speech Therapy & Physio-Therapy) dapat mencapai lebih dari kanak-kanak SINDROM DOWN yang tidak menjalani program tersebut
x.            Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci. Contoh kes-kes yang hilang
Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.
 
Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca
 
Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.
 
• Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.
 
• Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.
 
• Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini
 
 
 
Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.
Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan.
Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
 
 
KEPERLUAN KHAS MURID
   i.            Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga dan Masyarakat
 ii.            Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga
iii.            Menjalani Program ISP, EIP dari lahir
iv.            Menjalani Program Pemulihan – Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)
 v.            Menjalani Ujian Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah
vi.            Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional
vii.            Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan
viii.            Hidup Berumah-Tangga – Surjit & Carrie
ix.            Kesejahteraan Hidup di Usia Emas
 
 
KEPERLUAN KHAS KELUARGA
 i.            Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan
ii.            Sabar
iii.            Sokongan Padu sesama Ahli Keluarga, Keluarga Terdekat & Masyarakat
iv.            Mendapat Maklumat Bagi Membesarkan Anak dengan SINDROM DOWN
v.            Menjadi Ahli Persatuan
Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JABATAN PENDIDIKAN NEGERI atau mendapatkan nasihat daripada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
 
KEPERLUAN KHAS PRASARANA SEKOLAH
  i.            Suasana Selamat – Pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan
ii.            Masyarakat Sekolah – Pengetua, Guru, Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SINDROM DOWN
iii.            Asesibiliti kelas yang sesuai – Tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah
 
 
KEPERLUAN KHAS GURU / PENGAJAR
  i.            Sabar, Penyayang & Passionate
ii.            Memahami Tingkahlaku murid SINDROM DOWN dan bagaimana untuk menangani sekiranya timbul masalah
iii.            Mendapat latihan secukupnya mengenai RPI (Student-Based) dan Teknik Mengajar yang bersesuaian
iv.            Garispanduan untuk perlaksanaan kurikulum dibekalkan kepada Guru
v.            Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN & JPK
vi.            Kreatif di dalam Pengajaran & Pembelajaran
vii.            Bekerjasama dengan Ibu-Bapa Murid SINDROM DOWN bagi kesinambungan P&P
Mengajar murid-murid yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran khas. Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberikan oleh seorang pakar patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran telah berjaya dilaksanakan berdasarkan penyelidikan bagi murid-murid yang menghadapi disleksia. Disleksia dianggap sebagai satu masalah pembelajaran yang melibatkan kelemahan-kelemahan dalam pemprosesan bahasa serta kognitif yang menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah satu masalah neurological (saraf) yang dipindahkan secara genatik (Snowling, 1996).
 
 
 
KEPERLUAN KHAS KURIKULUM / BAHAN PENGAJARAN / TEKNIK PENGAJARAN
   i.            Kurikulum Alternatif
 ii.            Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam huruf besar
iii.            Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra
iv.            Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat Bantu Mengajar, Softwares, Picture Enhance Communication System.
 v.            Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-Curricular
vi.            Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam perlaksanaan pembelajaran dari kalangan guru-guru melalui forum atau simposium berkala
 
 
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.
Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
 
 
 
Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.
Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera.
Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.
Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.
Beri tugasan yang ringkas.
 
 
KEPERLUAN KHAS PENTAKSIRAN
  i.            Pentaksiran serta pensijilan alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran dan diiktirafkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia & Kementerian Sumber Manusia
ii.            Pentaksiran berbentuk formatif dan bukan summatif
 
 
PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG
 
RANG UNDANG-UNDANG OKU 2008
“ OKU teramasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekatpenyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”
 
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya
 
 
 
 

 

 

Sindrom Down atau Trisomy 21

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi Sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.

Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan Sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal Sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan

Ciri-ciri

Mereka yang mempunyai Sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield,[2] lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of the fifth finger, and a higher number of ulnar loop dermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan Sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50), Tambahan lagi, mereka dengan Sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan.

Genetik

Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa).[6] Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.[7]

Trisomi 21

Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% Sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

 

 

Mosaicism

Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai Sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21).[9] Ini boleh berlaku dengan dua cara:

1.      Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau

2.      embrio Sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari Sindrom Down yang dikaji.[8]

Translokasi Robertsonian

Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan Sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai Sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes Sindrom Down yang dikaji.[8] Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.

Gandaan sebahagian kromosom 21

Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q)).[10] Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan dan mental Sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.

 

 

Incidence



Graf menunjukkan peningkatan peluang Sindrom Down berbanding usia ibu.[11]

Kejadian Sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran.[12] Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).[13] Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi.

Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan Sindrom Down. Pada ibu berusia 25, risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah 1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah 1/30.[14][15] Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan Sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35,[16] menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.

Penyaringan Sebelum Kelahiran

Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan Sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan Sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masaalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.

Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan kecederaan fetus atau keguguran. Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang boleh mengesan samaada fetus mempunyai Sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir tempoh satupertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh duapertiga kehamilan. Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif, mencadangkan fetus mempunyai Sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis Sindrom Down dilakukan.

Sungguhpun dengan penyaringan tidak menceroboh terbaik, kadar pengesanan adalah sekitar 90%–95% dan kadar positif palsu adalah 2%–5%. Positif palsu boleh disebabkan oleh banyak fetus yang tidak dikesan (amat jarang dengan ujian ultrasound), tarih kehamilan yang salah, atau variasi normal pada protin.

 

Tingkahlaku Kanak-Kanak Syndrome Down

                                 xi.            Mempunyai kesukaran berkomunikasi

                               xii.            Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi

                             xiii.            Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil

                             xiv.            Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti

                               xv.            Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang

                             xvi.            Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan

                           xvii.            Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbeli-belit

                         xviii.            Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya

                             xix.            Kanak-Kanak SINDROM DOWN yang telah menjalani Program Pemulihan (Occupational Therapy, Speech Therapy & Physio-Therapy) dapat mencapai lebih dari kanak-kanak SINDROM DOWN yang tidak menjalani program tersebut

                               xx.            Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci. Contoh kes-kes yang hilang

                             xxi.            Mesti dilatih menjaga maruah diri & memberitahu apa yang tidak boleh dilakukan. Umpamanya memakai tuala semasa mandi

 

Tingkahlaku Murid SINDROM DOWN

                                   i.              Dapat menguruskan diri serta melakukan apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik dengan nilai-nilai murni umpamanya mencium tangan, bersalam, makan sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf

                                 ii.              Belajar melalui pemerhatian - contoh

 

Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Dengan SINDROM DOWN

                                   i.              Umur biologikal tidak sama dgn umur akal

                                 ii.              Otak manusia berkembang pesat dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu kanak-kanak dgn SINDROM DOWN perlu menjalani ISP pada tahap umur 0-3 tahun dan EIP dari 3 – 6 tahun sebelum menjalani pendidikan khas di sekolah

                               iii.              Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu memerlukan RPI yang bersesuaian

                               iv.              Memerlukan bahan pengajaran yang berpandukan deria penglihatan dan bukan deria pendengaran

                                 v.              Mempunyai kesukaran mengeluarkan kata-kata (tidak dapat bertutur sebagaimana beliau memahami pertuturan)

                               vi.              Program Pemulihan perlu berjalan seiring disekolah – Pemulihan Pertuturan, Pemulihan Cara-Kerja dan Fisioterapi (Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas- 3PK);

                             vii.              Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan am yang kurang jika dibanding dgn murid biasa;

                           viii.              Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi;

                               ix.              Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan;

                                 x.              Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif.

Keperluan Khas Murid dengan SINDROM DOWN

                                   x.            Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga dan Masyarakat

                                 xi.            Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga

                               xii.            Menjalani Program ISP, EIP dari lahir

                             xiii.            Menjalani Program Pemulihan – Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)

                             xiv.            Menjalani Ujian Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah

                               xv.            Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional

                             xvi.            Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan

                           xvii.            Hidup Berumah-Tangga – Surjit & Carrie

                         xviii.            Kesejahteraan Hidup di Usia Emas

 

Keperluan Khas Keluarga

                                 vi.            Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan

                               vii.            Sabar

                             viii.            Sokongan Padu sesama Ahli Keluarga, Keluarga Terdekat & Masyarakat

                                 ix.            Mendapat Maklumat Bagi Membesarkan Anak dengan SINDROM DOWN

                                   x.            Menjadi Ahli Persatuan

Keperluan Khas Prasarana Sekolah

                                 iv.            Suasana Selamat – Pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan

                                   v.            Masyarakat Sekolah – Pengetua, Guru, Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SINDROM DOWN

                                 vi.            Asesibiliti kelas yang sesuai – Tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah

 

Keperluan Khas Guru

                             viii.            Sabar, Penyayang & Passionate

                                 ix.            Memahami Tingkahlaku murid SINDROM DOWN dan bagaimana untuk menangani sekiranya timbul masalah

                                   x.            Mendapat latihan secukupnya mengenai RPI (Student-Based) dan Teknik Mengajar yang bersesuaian

                                 xi.            Garispanduan untuk perlaksanaan kurikulum dibekalkan kepada Guru

                               xii.            Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN & JPK

                             xiii.            Kreatif di dalam Pengajaran & Pembelajaran

                             xiv.            Bekerjasama dengan Ibu-Bapa Murid SINDROM DOWN bagi kesinambungan P&P

Keperluan Khas Kurikulum/Bahan Pengajaran/Teknik Pengajaran

                               vii.            Kurikulum Alternatif

                             viii.            Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam huruf besar

                                 ix.            Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra

                                   x.            Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat Bantu Mengajar, Softwares, Picture Enhance Communication System.

                                 xi.            Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-Curricular

                               xii.            Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam perlaksanaan pembelajaran dari kalangan guru-guru melalui forum atau simposium berkala

Keperluan Khas Pentaksiran

                                 iii.            Pentaksiran serta pensijilan alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran dan diiktirafkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia & Kementerian Sumber Manusia

                                 iv.            Pentaksiran berbentuk formatif dan bukan summatif

 

 

 

 

Tafsiran OKU mengikut Rang Undang-Undang Orang Kuran Upaya 2008

“ OKU teramasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekatpenyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”

 

Rang Undang - Undang OKU 2008

Bahagian IV – Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan OKU – Bab 1             Kebolehaksesan

 

Akses kepada Pendidikan – 28 (1), (2) & (3)

28.(1): OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Akses kepada Pendidikan 28 (2)

Kerajaan & penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang & kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang & kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain.

 

 

 

Sumber:

Hand out Keperluan Khas dan Pendidikan Anak-Anak dengan Sindrom Down ;

Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Bt. Syed Yahya;

 
 
 
 
 
Disleksia

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JABATAN PENDIDIKAN NEGERI atau mendapatkan nasihat daripada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]

Ciri-ciri penghidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:

  1. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  2. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  3. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.



SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

 

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

 

 

 

1.    Disleksia visual (penglihatan)


Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

 

2.    Disleksia auditori (pendengaran)


Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

 

3.    Disleksia visual-auditori


Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

 

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

 

1.    Keturunan atau genetic


Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

 

 

 

2.    Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

 

3.      Kematangan

 Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia


CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :

  iv.               Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

    v.               Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
Tidak merangkak semasa bayi

  vi.               Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan


Kanak-Kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun

     iii.            Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

     iv.            Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

Keliru dengan kiri dan kanan ,Tulisan cermin atau terbalik


9 hingga 12 tahun

Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
Kesukaran menulis karangan
Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
Kesukaran mempelajari bahasa lain
Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
Jenis orang yang suka senyap
Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
Kurang kemahiran bersosial


MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA


Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:


1.      Mengeja


Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:

m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

 

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v


2.      Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba

Gula – lagu

 

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat


3.      Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

 

4.      Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

 

5.      Nombor


Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :

3 – 5 – 8

9 – 6


6.      Masalah fizikal, pengurusan diri dan social

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut

Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah


LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

     xi.            Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

   xii.            Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

 xiii.            Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

 xiv.            Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

   xv.            Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

 xvi.            Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

xvii.            Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

xviii.            Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

 xix.            Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

   xx.            Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai